Salam dan selamat sejahtera,
Kepada semua rakan-rakan postgrad di Victoria,
Untuk pengetahuan semua, Tan Sri Sidek Hassan, KSN berada di Melbourne seminggu atas urusan peribadi menghantar anak mereka (Liza) mendaftar di RMIT. Atas inisiatif Dr Nasir Pengarah MSDA, dengan tujuan 'lawatan tidak formal melihat macamana pelajar postgrad di Melbourne tinggal, rumah, suburb, barangan, harga sewaan dan kelengkapan rumah dan sebagainya', pada 17 Februari lepas, Tan Sri KSN, Puan Seri dan dua anak mereka diiringi oleh Dr Nasir Pengarah MSDA telah sudi datang ke rumah saya dan melihat kelengkapan dan persekitaran sebagai mewakili rumah pelajar di sini.
Dalam pertemuan tersebut, kita mengambil peluang memaklumkan dan meminta beberapa perkara untuk kebajikan kita semua di Victoria;
Antaranya:
1-Terdapat di kalangan kita yang menghadapi masalah dengan Supervisor, kajian, perlu bertukar universiti atau bertukar supervisor dan memerlukan khidmat nasihat Attache. Masalah kita adalah kita tidak ada Attache yang dapat dihubungi untuk tindakan segera. Jika ada Attache di Melbourne, insya Allah lebih mudah urusan pelajar-pelajar di sini berbanding dengan perlu merujuk kepada MSDA di Sydney yang agak jauh dan memakan kos. Lagipun bilangan pelajar di Melbourne paling ramai berbanding dengan negeri-negeri lain. Kita merayu suapaya diletakkan Education Attache di Melbourne. Pihak KSN melihat isu ini dengan serius dan ia akan membawa kepada perbincangan kerajaan selepas ini.
2-Kita juga menyentuh mengenai bil ubat pelajar di sini tidak ditanggung sepenuhnya oleh insuran OHSC, cap $32 untuk ubat bagi setiap item dan bayaran untuk check up dan lain-lain yang pelajar perlu keluarkan. Kita harap jika ia dapat diclaim kerana ia membebankan terutama bagi yang mempunyai ramai anak. Dr Nasir juga memaklumkan bahawa pelajar tajaan JPA dapat claim semua kos belian ubat kepada JPA. Tan Sri KSN sangat prihatin dan menyatakan bahawa dia berpegang kepada 'pelajar adalah pelajar, walaupun di Malaysia kita bergaji, tapi semasa kita belajar, kos ubat dan sakit perlu ditanggung oleh majikan sama ada kerajaan atau Uiniversiti yang kita berkhidmat di Malaysia'. Beliau akan membawa isu ini dalam mesyuarat bersama semua VC Universiti nanti dan semoga nanti bil belian ubat, pergigian dapat dihantar kepada Universiti di Malaysia untuk claim.
3-Peningkatan sewa rumah yang tinggi dan kedudukan bantuan biasiwa pelajar dan semakan biasiswa yang dibuat pada tahun 2007. Kita malumkan bahawa harga sewaan semakin tinggi, kos transport awam ke Universiti bagi yang belajar di Melb Uni, RMIT, VU dan lain-lain, harga makanan mentah dan makanan asasi semakin mahal mungkin memerlukan kadar biasiswa disemak kembali.. Tan Sri KSN menyatakan bahawa walaupun semakan baru dibuat tahun 2007, jika berkeperluan untuk disemak lagi, kerajaan boleh melihatnya kembali. Mungkin kita perlu membuat sedikit homework untuk tujuan tersebut jika perlu.
4-Perubahan pekeliling tutor dan fellow dengan PhD mendapat Gred 51 automatik.
KSN akan mendapatkan maklum balas dari KPT dan beliau menyatakan setahunya perkara tersebut telah selesai dan kembali kepada asal. Ini bermakna, tutor dan fellow yang ada PhD akan dilantik ke gred 51 atas dasar lantikan aotomatik adalah diteruskan. Namun begitu, Tan Sri memaklumkan dia akan memnita maklum balas terkini dari pihak KPT berkenaan isu ini.
KSN telah sudi mendengar memberi peluang isu-isu ini dibincangkan dengan baik. Permintaan kita banyak disokong oleh Dr Nasir Pengarah MSD Sydney. Insya Allah kita semua berdoa semoga ada keputusan yang baik nanti untuk kebaikan semua. Walaupun tidak dapat semua, jika kita dapat permintaan kedua, claim ubat dari universiti di Malaysia berjaya, kita rasa sangat bersyukur. Mungkin juga permintaan tidak dapat sekarang, tapi jika dapat kepada generasi selepas kita, itu juga adalah satu perkara yang baik.
Saya akan maklumkan apa-apa makluman dari MSDA selepas ini jika ada.
Puan Hidayah
Presiden VMPGA 09/10
KSN & Lawatan Tidak Formal ke Rumah Pelajar
Last Updated on Tuesday, 23 February 2010 13:38 Written by VMPGA Admin Tuesday, 23 February 2010 13:19