Coffee-Session:"PhD Shortcuts"
Last Updated on Thursday, 07 January 2010 10:58 Written by VMPGA Admin Thursday, 07 January 2010 10:45
VMPGA melalui Biro Akademik akan meneruskan program Coffee Table Discussion bagi tahun ini untuk membantu semua postgrad menjayakan kajian masing-masing. Sesi pertama untuk tahun 2010 akan diadakan pada 16 Januari ini bertajuk PhD Shortcuts oleh Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri.
Beliau akan membincangkan apakah yang sepatutnya seorang pelajar PhD sediakan sebagai langkah-langkah mencapai kejayaan dan menyiapkan kajian dalam tempoh yang diberikan. Input-input berguna hasil pengalaman beliau semasa menyiapkan PhD dahulu akan dikongsi bersama sebagai panduan untuk semua. Beliau juga sudi untuk menjawab persoalan dari pelajar-pelajar dalam majlis berkenaan. VMPGA dengan besar hati menjemput semua pelajar-pelajar postgrad untuk sama-sama hadir memeriahkan majlis perkongsian ilmu untuk kebaikan bersama.
Untuk memudahkan penyediaan ruang dan jamuan ringan, jangan lupa untuk mengesahkan kehadiran anda dengan menghubungi Saudara Adli Musa di alamat emel disediakan.












