Thursday, July 29, 2010
   
TEXT_SIZE


Hari Keluarga Bersempena Meraikan Hari Raya Aidil Adha Anjuran Bersama VMPGA, Komuniti Pelajar dengan Kerjasama MSDA 29 Nov 2009

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Syukur pada Allah, majlis Hari Keluarga Bersempena Meraikan Hari Raya Aidil Adha 1430H anjuran bersama VMPGA, Komuniti Pelajar KgVic, Bundoora, Dandeenong, Clayton dan lain-lain dengan kerjasama MSDA telah berjaya dilangsungkan pada hari Ahad 29 Nov 2009 yang lepas. Namun begitu, wakil MSDA tidak dapat bersama-sama pada hari tersebut kerana telah mempunyai program lain yang telah diputuskan terdahulu. Walaupun cuaca agak sejuk dan mendung ditambah hujan lebat pada petangnya, namun ramai yang telah hadir memeriahkan majlis tersebut. Dianggarkan lebih 400 orang pelajar pasca siswazah, pasangan dan keluarga masing-masing serta warga Malaysia yang bekerja di sini telah turut sama memeriahkan majlis tersebut. Ada yang datang berbaju Melayu lengkap bersamping, berbaju batik, baju kurung dan sebagainya menzahirkan semangat 1Malaysia sebagai rakyat Malaysia yang bersatu berada di Victoria, Australia ini.


Dengan penuh takzim, kami barisan pimpinan VMPGA mengucapkan ribuan terima kasih kepada para sahabat dari KgVic, Bundoora, Calyton, Dandeenong dan lain-lain yang telah sama-sama bekerjasama menjayakan majlis ini- Tanpa bantuan dan kerjasama dari mereka semua, majlis ini mungkin tidak berjaya diadakan sebaik ini. Semoga Allah memberi pahala yang besar pada semua atas bantuan, sumbangan dan kerjasama diberikan.

Begitu juga ucapan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat dari kalangan ahli VMPGA, pelajar pasca siswazah, pasangan dan seluruh warga Malaysia di Victoria yang sudi hadir memeriahkan majlis semalam. Semoga ukhuwah dan persaudaraan semakin kukuh dan jalinan networking antara kita semua semakin melebar dari Utara ke Selatan, Timur ke Barat di seluruh Victoria ini. Pada masa yang sama, sepanjang majlis ini, hampir 30 ahli baru VMPGA telah mendaftar sebagai ahli sama ada ahli biasa atau ahli bersekutu berdaftar. Terima kasih di atas pendaftaran tersebut.

Kami juga memohon maaf di atas segala kekurangan dan kesulitan terutama semasa berdepan dengan hujan di tengah hari tersebut sehingga ramai para hadirin yang basah kuyup dek kerana hujan yang turun mendadak dengan lebatnya. Segala kesulitan amatlah dikesali.


Gambar-gambar menarik akan di upload tidak lama lagi di dalam website vmpga ini. Sekali lagi, mewakili VMPGA, saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas semua yang telah menjayakan majlis tersebut. Hanya Allah yang mampu memberi ganjaran yang besar di atas kerjasama semua.

Sekian terima kasih

Yang benar
PM Nurhidayah Hashim

Presiden VMPGA 09/10

5 Dec 2009

Our Visitors

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday16
mod_vvisit_counterThis week260
mod_vvisit_counterThis month1642
mod_vvisit_counterAll time17703

Online now: 6
Today: 30 Jul 2010