Welfare and Accommodation Support Portfolio (WAS)
Last Updated on Sunday, 31 October 2010 10:07 Written by VMPGA Admin Sunday, 11 October 2009 06:44
Untuk makluman pelajar yang akan tiba, terdapat dua perkara penting yang perlu anda ambil perhatian apabila tiba di Victoria. Pertamanya adalah SIAPA yang akan menjemput anda sekeluarga di lapangan terbang dan keduanya adalah DI MANA anda akan tinggal selepas sampai nanti sebelum mendapat rumah sewa yang bersesuaian.
Sistem mendapatkan rumah sewaan di Australia agak berbeza dengan negara lain di mana ia tidak boleh dilakukan sebelum pelajar baru sampai di Victoria. Sebelum proses mendapat rumah sewa, penyewa (pelajar baru) perlu telah berada di Australia dan melakukan ‘inspection’ terhadap rumah sewa yang ditawarkan untuk inspection dan menghantar surat permohonan sewaan kepada ‘Real Estate Agency’. Proses mendapat rumah sewaan selalunya mengambil masa selama 2 ke 3 minggu. Disebabkan itu, pelajar baru selalunya akan memerlukan tempat tinggal sementara dalam tempoh tersebut bermula dari tarikh sampai sehingga semua urusan mendapat rumah sewaan selesai.
VMPGA berusaha membantu menyediakan maklumat untuk diketahui pelajar dan juga beberapa khidmat sokongan asas kepada pelajar baru yang memerlukan iaitu urusan ‘airport pickup’ dan juga urusan mendapatkan tempat tinggal sementara selepas sampai di Victoria. Perkhidmatan ini HANYA untuk pelajar baru yang akan melanjutkan pelajaran di Victoria dan tidak termasuk untuk mereka yang bercuti di Victoria.
Maklumat penting untuk pelajar baru sebelum bertolak ke Victoria.
A- Urusan ‘Airport Pickup’
Ada tiga cara apabila seseorang pelajar baru tiba ke Victoria.
1) Perkhidmatan ‘Aiport Reception’ Universiti
Semua pelajar baru yang pertama kali tiba di Victoria layak menggunakan perkhidmatan 'Airport Reception' yang disediakan oleh universiti secara percuma (jika pelajar membawa keluarga bersama, sesetengah Universiti mengenakan sedikit bayaran bergantung kepada Universiti masing-masing). Wakil pihak universiti akan menyambut anda di Melbourne Tullamarine International Airport dan membawa anda dari airport ke tempat penginapan sementara pilihan anda. Anda perlu membuat tempahan dengan pihak universiti masing-masing untuk mendapatkan perkhidmatan ini. Sila lawati laman web universiti yang akan anda belajar untuk mengetahui terma-terma perkhidmatan.
Pautan-pautan di bawah disediakan sekadar untuk membantu urusan ini.
Deakin University
http://www.students.idp.com/university/deakin_university.aspx
La Trobe University
http://www.latrobe.edu.au/international/predeparture/leaving/airport
Monash University
http://www.monash.edu.au/study/international/prepare/airport-reception.html
Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT) University
http://rmit.org.au/browse;ID=i3ejb39gzjkb
Swinburne University
http://www.international.swinburne.edu.au/arrival/arriving-in-melbourne/pick-up/
University of Melbourne
http://www.services.unimelb.edu.au/international/planning/arrival.html
Victoria University
http://www.vu.edu.au/international-students/life-at-vu/before-you-arrive/request-airport-reception
2) Perkhidmatan Teksi di lapangan terbang
Anda boleh meyewa teksi di airport dengan kos anggaran AUD30-AUD160 bergantung kepada jarak perjalanan yang dituju.
3) Kenalan menjemput
Sekiranya terdapat rakan-rakan atau kenalan anda yang berada di Victoria, anda boleh hubungi mereka untuk urusan pickup.
4) Jika menghadapi kesulitan, boleh hubungi wakil VMPGA yang berkenaan di atas
Jika anda memerlukan bantuan dari pelajar yang sedia ada, pihak VMPGA akan membantu menyalurkan dan mendapatkan mana-mana pelajar yang dapat menjemput anda di airport. Pihak VMPGA telah menetapkan bayaran yang perlu dibayar oleh pelajar baru mengikut lokasi adalah:
a) Dari Airport Melbourne ke Glenroy/Brunswick/Bundoora dan sekitarnya adalah AUD30/kereta.
b) Dari Airport Melbourne ke City/Prahran/St. Kilda dan sekitarnya adalah AUD 50/kereta.
c) Dari Airport Melbourne ke Dandenong/Clayton/Geelong dan sekitarnya adalah AUD 80/kereta.
Bagi yang memerlukan, sila email kepada wakil VMPGA seperti dinyatakan di bawah. Sebarang bayaran boleh dibayar kepada wakil VMPGA atau kepada mana-mana pelajar yang telah menjemput anda di airport tersebut.
Airport Melbourne adalah sangat sibuk dan parking pula adalah sangat mahal. Sekiranya anda memerlukan khidmat airport pickup, sila pastikan langkah-langkah berikut di ambil:
1. Menyatakan maklumat ketibaan : Tarikh, masa dan no. flight
2. Menyatakan maklumat keluarga & luggage : bilangan dewasa, kanak-kanak dan jumlah beg besar (semua penumpang depan dan belakang dikehendaki memakai tali pinggang keledar dan car seat atau booster bagi kanak-kanak- saman melebihi AUD150 bagi kesalahan ini)
3. menghubungi rakan yang menjemput sebaik sahaja selesai pemeriksaan immigration-(untuk mengurangkan charge parking orang yang menjemput anda)
4. sekiranya cuaca baik, sebaiknya menunggu di bahagian luar airport – di tempat mengambil penumpang hadapan Hilton, tempat mengambil penumpang penghujung sekali sebelah kiri hala kereta bergerak, selepas jejantas – sila perhatikan di hadapan bumbung tempat menunggu anda tertulis P1 minute pick up . Di sini sahaja kereta boleh di parking selama 1 minit untuk menjemput anda dan baggage (ini bagi mereka yang tidak masuk parking area dan terus pick up).
B- Pilihan Transit
1) Malaysia Hall Melbourne
Pelajar atau pelawat/keluarga yang tiba di sini boleh menyewa bilik di Malaysia Hall Melbourne untuk beberapa hari sementara mendapat rumah sewa yang sesuai untuk diduduki. Malaysia Hall hanya membenarkan bakal pelajar menyewa sehingga maksima 2 minggu sahaja. Bayaran untuk menyewa bilik di Malaysia Hall Melbourne bagi sehari adalah seperti berikut
· AUD6/hari/orang - bakal pelajar dan kanak-kanak
· AUD12/hari/orang - bukan pelajar (termasuk isteri atau suami kepada pelajar)
Anda perlu booking dahulu penginapan di Malaysia Hall dengan mengubungi Pegawai Warden yang bertugas. Sila layari Malaysia Hall Melbourne (http://www.msda.org.au/index.php?p=1_5)
2) Motel atau Apartment
Pelajar juga boleh menyewa motel atau apartmen di sekitar Melbourne dengan kadar sewa sekitar AUD100 ke atas sehari/sebilik. Namun begitu, pelajar baru mungkin akan menghadapi masalah jika mempunyai sumber kewangan yang terhad. Untuk kadar lebih rendah, pelajar baru boleh menyewa youth hostel yang lebih murah berbanding dengan motel atau apartmen.
3) Rumah atau Bilik Penginapan (Homestay)
Bagi tujuan memberi khidmat sokongan kepada pelajar baru, VMPGA boleh membantu dengan berbincang dengan perkampungan pelajar sedia ada untuk menawarkan khidmat yang dipanggil homestay di rumah berdekatan dengan universiti untuk memudahkan proses mencari rumah sewa kelak. Homestay bermaksud pelajar baru akan tinggal sementara bersama-sama dengan keluarga tuan rumah sepanjang tempoh tersebut. Dalam tempoh ‘homestay’ itu, pelajar baru yang datang bersama anak-anak diminta memberi kerjasama untuk mengawal anak-anak dan sama-sama membantu tuan rumah dalam hal-ehwal memasak dan pengurusan harian, memahami perasaan keluarga yang ditumpang dan sentiasa bertolak ansur antara satu sama lain terutamanya dari segi aurat. Pelajar baru dinasihatkan juga untuk dapat berusaha memahami situasi keluarga yang ditumpang, menjaga aurat dan ‘privacy tuan rumah’ dan berpada-pada dengan penggunaan utiliti yang diberikan.
Pelajar yang ingin menggunakan bantuan homestay akan dikenakan bayaran yang ditetapkan oleh VMPGA iaitu AUD300 seminggu bagi sebuah keluarga. Bayaran tersebut boleh dibayar melalui wakil VMPGA atau kepada tuan rumah. Bayaran tambahan mungkin akan dikenakan mengikut budi bicara tuan rumah sekiranya ada terlebih penggunaan fasiliti seperti Internet, air, elektrik dan gas untuk heater. Kos ini bukanlah dianggap bayaran sewaan kepada tuan rumah tetapi sebagai sagu hati bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh tuan rumah yang bersetuju memberi khidmat homestay ini.
4) Rumah Penginapan Sementara (Transit)
Satu lagi khidmat bantuan sokongan disediakan adalah khidmat transit. Wakil VMPGA akan berbincang dengan perkampungan pelajar dan mendapatkan rumah-rumah yang bersetuju membenarkan tansit ini. Transit bermaksud pelajar baru tinggal sementara di rumah tanpa kehadiran tuan rumah – sama ada tuan rumah sedang bercuti/kumpul data di Malaysia.
Dalam tempoh ‘transit itu, pelajar baru yang datang bersama anak-anak diminta memberi kerjasama untuk mengawal anak-anak, menjaga rumah dengan sebaiknya dari segi kebersihan, penggunaan air, tandas, elektrik dan sebagainya. Pelajar baru dinasihatkan juga untuk bertanya dengan kawan-kawan yang lain tentang penggunaan alatan elektrik dan sebagainya tanpa kehadiran tuan rumah.
Pelajar yang ingin menggunakan bantuan transit ini akan dikenakan bayaran yang ditetapkan oleh tuan rumah iaitu AUD300 - AUD400 seminggu bagi sebuah keluarga termasuklah bayaran ke atas penggunaan fasiliti. Bayaran tersebut boleh dibayar melalui wakil VMPGA atau kepada tuan rumah. Bayaran tambahan mungkin akan dikenakan mengikut budi bicara tuan rumah sekiranya ada terlebih penggunaan fasiliti seperti Internet, air, elektrik dan gas untuk heater.
Mana-mana pelajar baru ingin mendapatkan bantuan rumah homestay atau transit, sila muat turun Borang Transit [di sini] dan setelah diisi dengan lengkap, emelkan kepada wakil VMPGA seperti dinyatakan di bawah. Sila maklumkan juga jika anda perlukan perkhidmatan airport pickup dari airport ke rumah transit/homestay tersebut.
Wakil VMPGA berkaitan urusan penginapan sementara dan juga airport pickup.
|
Universiti |
Wakil WAS |
|
RMIT Bundoora |
Salehuddin Harun |
|
RMIT City / Brunswick |
Nabil Ahmad |
|
Monash University Clayton |
Hj. Rudie Yaakub |
|
Deakin University Geelong |
Mohamad Irwan Yahaya |
Adalah dimaklumkan bagi pelajar baru yang menggunakan perkhidmatan mendapatkan rumah sementara homestay/transit melalui VMPGA ini, mereka akan dicaj sebanyak AUD10 sebagai ‘service charge’ dan sumbangan kepada VMPGA. Bayaran tersebut adalah tambahan dari bayaran homestay/transit yang ditetapkan bagi setiap pelajar baru yang mendapatkan khidmat tersebut. Ia boleh diserahkan kepada wakil VMPGA yang anda berurusan. Adalah dimaklumkan bahawa sekiranya ada pelajar baru yang berurusan tanpa melalui VMPGA, kami tiada apa-apa bangkangan. Namun begitu, pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas segala kesulitan yang berlaku.
Sekiranya anda menghubungi wakil-wakil VMPGA di atas tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas dalam tempoh dua minggu selepas dihubungi, sila hubungi VMPGA melalui This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Kepada mana-mana pelajar sedia ada yang ingin menawarkan khidmat transit atau homestay sila muat turun borang transit [di sini], isi dan emelkan pada wakil WAS yang mewakili kawasan anda. Ia akan memudahkan Wakil WAS menyusun dan mengetahui bilangan rumah yang ada untuk ditawarkan kepada pelajar baru yang memerlukannya.
Sebaik sahaja anda tiba di Melbourne, jangan lupa mendaftar menjadi ahli VMPGA untuk mendapat maklumat lanjut dan ‘access’ ke VMPGA website sepenuhnya dan juga sebagai sokongan anda dalam membantu mengaktifkan aktiviti VMPG untuk anda dan generasi akan datang.
Kebajikan Anda, Perhatian Kami, Tindakan Bersama……Insyaallah











