Saturday, May 19, 2012
   
TEXT_SIZE

Newcomers Quick Link

Welcome to VMPGA Online. If you are a newcomer to Melbourne, we would suggest you to read through these useful info/guides:


VMPGA-MAP Intellectual Discourse Siri 1

Pada 23hb Oktober 2010 (Sabtu) bertempat di Malaysian Hall, program pertama VMPGA-MAP Intellectual Discourse telah diadakan. Program ini merupakan kesinambungan kepada Academic Coffee Session yang telah diadakan oleh jawatankuasa VMPGA 2009/2010 dengan jayanya pada sesi yang lalu. 

Bagi sesi kali ini, beberapa pembaharuan telah diadakan dengan tujuan bagi menambah baik program. Pertama, program telah diberi nama baru iaitu "VMPGA-MAP Intellectual Discourse". Kedua, program kini adalah usahasama secara kolaboratif antara pihak VMPGA dan adik2 di MASCA. Ini bertujuan bagi meluaskan lagi kitaran audien serta mendapatkan dana bagi tajaan program terbabit.

Pada sesi pertama yang lalu, satu dialog telah diadakan antara rombongan dari Fakulti Pendidikan UTM yang diketuai oleh Prof Madya Dr Zaleha Ismail beserta 30 orang pelajar-pelajar pasca siswazah UTM dengan para hadirin yang dihadiri oleh pelajar-pelajar siswazah dan pasca siswazah Malaysia di Victoria. Dialog bertajuk, "Education in Malaysia: Issues and Challenges" telah berjalan hampir 3 jam bermula dari pukul 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.45 petang.

Berikut adalah rumusan kandungan dialog:

a. Pendidikan di Malaysia sedang menjalani reformasi di bawah kepimpinan Menteri Pendidikan yang baru seperti berikut:
i. Pengajaran Mathematik dan Sains menggunakan Bahasa Malaysia bermula tahun 2012
ii. Sistem kerja kursus mula diterapkan dalam peperiksaan SPM. Ini bagi mengurangkan fenomena pengwujudan generasi pelajar yang 'exam oriented'.

b. Beberapa penambahbaikan terhadap sistem pendidikan negara boleh dilakukan dengan mengambil contoh sistem pendidikan di Victoria seperti berikut:
i. Mengurangkan nisbah pelajar - guru agar tumpuan lebih dapat diberikan kepada setiap pelajar.
ii. Memastikan pembangunan fizikal dan infrastruktur pendidikan yang lebih efisien dan berkesan seperti mewujudkan sekolah-sekolah menengah dan rendah di setiap kawasan 
penempatan baru.
iii. Meningkatkan penglibatan ibubapa dalam sistem persekolahan serta mewujudkan persekitaran 'mesra ibubapa'.
iv. Memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran insaniah pada tahap pembelajaran di sekolah rendah.
v. Menambah baik fungsi unit kaunseling disekolah dari berfokuskan pada pelajar bermasalah kepada bimbingan menyeluruh bagi setiap pelajar dalam aspek pembelajaran sepanjang 
hayat.

c. Dialog juga mengambil rumusan bahawa setiap individu dalam masyarakat Malaysia adalah bertanggungjawab dalam pembentukan dan pembinaan sistem pendidikan Malaysia yang lebih komprehensif, berkualiti dan bertaraf dunia. Reformasi tidak hanya bersifat 'top-down' tapi juga bersifat 'vertical' dan 'bottom-up'. Untuk itu, para pemimpin, warga perguruan serta masyarakat keseluruhan wajib bekerjasama bagi mencapai objektif ini sebagaimana falsafah "Bersatu padu bertambah mutu".

Untuk pengetahuan semua, program VMPGA-MAP Intellectual Discourse seterusnya telahpun dirancang dan akan diumumkan pada masa akan datang. Insyaallah! Sebagai wakil VMPGA, saya memohon pandangan dan lontaran ide bernas untuk tujuan penambahbaikan program dari rakan-rakan ahli yang lain, semuga kita dapat manfaat dari program sebegini.


Sekian, Wassalam.

Disediakan oleh:

Mohd Fauzi Kamarudin
Timbalan Presiden / Ketua Biro Pendidikan
VMPGA

Our Visitors

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday39
mod_vvisit_counterThis week919
mod_vvisit_counterThis month2938
mod_vvisit_counterAll time76772

Online now: 1
Today: 20 May 2012